Sekapur Sireh

Salam! Saya mengucapkan setinggi2 terima kasih atas usaha dan terus menyokong PERSATUAN ALUMNI GOVERNMENT ENGLISH SCHOOL - SEKOLAH SRI PERHENTIAN, PONTIAN, JOHOR, MALAYSIA atau ringkasnya PAGES -SSP. Semoga  dengan terbena semula laman sesawang ini  bolehlah kita sama2 berkongsi dengan perasaan bangga atas 'common factor' kita semua sebagai anak Pontian yang dididik di SSP (walaupun sehari). Tak kiralah apa nama yang digunakan sebelum atau selepas itu.

PAGES masih lagi kekurangan ahli dan saya harap dengan semangat yang ada sekarang keahlian akan bertambah dan dengan sumbangan yang diberi oleh ahli2, lebih ramai akan tertarik untuk menjadi ahli yang aktif yang tentunya akan memberi lebih makna kepada persatuan kita. Mungkin ada yang memikirkan keahlian berdaftar tidak perlu sebab tinggal jauh dari alamat berdaftar. Tapi tengoklah ahli2 kita seperti Mariam dan Lachu yang tentu2nya tinggal diluar negara. Bila disebut yuran ahli seumur hidup tak sempat mengelip mata, duit dah dibayar.

Pada kebanyakkan masa segala idea boleh dilontar dilaman ini, tetapi sekali sekala kita perlu juga bertemu muka. Saya kira 3 / 4 kali setahun untuk AJK dan beberapa kali lagi untuk activity social kita tentunya tidak begitu membebankan kalau kita memang rela untuk mengekalkan status kita sebagai 'leader'.

Persatuan alumni kita adalah salah satu persatuan alumni pertama yang ditubuhkan dinegeri Johor(bukan sek berasrama penuh). Saya diberitau ada sekolah yang telah cuba untuk menubuhkan persatuan alumni tetapi tidak berjaya. Kita cuma 'duduk' beberapa bulan sahaja dan dengan usaha dan kerjasama alumni, usaha kita telah berjaya.

Kalau ada yang ingat Malam Nostalgia yang kita adakan pada tahun 2005, perancangannya dibuat hanya dalam masa 3 minggu dan kita berjaya mengutip hampir RM 100.000. Hakikatnya, kalau hendak dan diusaha - pasti berjaya, dengan izin Allah.

Arwah WanHan telah berusaha gigih untuk menentukan yang kita ada 'style' dan 'class' - tengok sajalah logo dan car stickers yang semuanya hasil karya beliau. Setiap kita ada potensi - tak kira sizenya. Bila dihimpun kita mampu mengadakan sesuatu yang hebat, inshaAllah.

Marilah kita sama2 jayakan PAGES-SSP.  Umurnya masih muda. Masih banyak yang boleh dilakukan.
 
Dr Aimi Abdul Latiff, 
Pengerusi PAGES-SSP 
20-Feb-2012