Salam,
Melalui mesyuarat agong kali ke 9, bertarikh 9 March 2013 yang lalu, saya telah di minta membuat homepage bagi kegunaan menyalur maklumat kepada ahli PAGES dan orang awam berhubung kegiatan rasmi Persatuan. Sebelum ini, blog yang saya create hanya boleh di access oleh sebilangan orang sahaja. Sekarang saya buka kepada umum dan rakan-rakan untuk tujuan contoh dan evaluation. Saya mengalu-alukan komen rakan-rakan samada positif atau negetif. Semua komen akan saya jadikan input memperbaki blog ini. Jika telah ada domain sendiri, blog ini boleh ditransfer ke domain yang baru. Ada di antara link telah expired. Jika mengunakan domain baru, semua masallah ini dapat diatasi.
Blog ini telah disalin dari homepage asal yang dibena oleh salah seorang ahli PAGES di alamat http://www.hbp.usm.my/1b/PAGES/, oleh Allahyarham Wan Burhanuddin bin Wan Abidin batch 1969 dengan mengunakan server USM. Oleh kerana beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya, tiada siapa yang boleh membuat update kepada homepage tersebut. Mari sama-sama kita membacakan fatiha dan hadiahkan pahalanya kepada Allahyarham Wan Burhanuddin.
Jom rakan-rakan, sila membuat komen walaupun satu ayat. Semua bentuk komen saya dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Abdul Ghani Rahmat
Administrator sementara.
Saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan syukur kerana legasi ini disambung oleh AGR. Semoga kita menjadi team utk kemaskini nostalgia tentang Pontian dan sekolah kita Pontian Gov English School, TMIS 1/2, Sekolah Sri Perhentian dan akhirnya SMK Sri Perhentian - Mustafa Bahari Batch '77
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteTahniah AG. Sikit aje pembetulan ia itu ejaan nama arwah..'u' tertinggal.
ReplyDeleteMus, wah cepat betul awak ye.
Tk atas teguran. Telah dibetulkan
DeleteAG, di laman ni kita mesti hanya terima bahasa yang 'standard' jadi ungkapan 'tima kacih' mesti di tolak..
ReplyDeleteTerima kasih. Telah dibetulkan.
ReplyDelete